Ahad, 3 November 2013

APA ITU DETOKSIFIKASI ?

Detoksifikasi adalah proses pembuangan racun dari dalam tubuh. Proses ini sangat POSITIF kerana membantu tubuh melakukan proses pembersihan diri secara alami. Kebiasaanya proses detoksifikasi berlaku di bahagian organ seperti hati, kolon, ginjal dan sistem limfotik.

Tanda-tanda toksik yang banyak dalam badan :-
*mudah stress
*mudah marah / emosi tidak stabil
*kerap mengalami sakit kepala
*badan mudah merasa letih tanpa sebarang sebab
*susah bangun tidur
*bahagian keliling mata menjadi gelap
*bahagian kulit seperti bawah lengan, celah peha akan berwarna gelap dri warna asal
*banyak angin dalam badan
*inflamasi pada sendi
*masalah sinus
*masalah gout
*susah turun berat badan walaupun sudah puas berdiet
*berat badan meningkat
*mengalami masalah jerawat

Detoksifikasi tidak dialami oleh semua orang kerana setiap orang mempunyai metabolisme yang berbeza. Perbezaan ini sangat bergantung kepada BANYAKNYA RACUN dalam tubuh dan KEPEKAAN tubuh pada perubahan.

Kepentingan Detoksifikasi:-
1. Mencegah penyakit
2. Mengistirahkatkan organ tubuh
3. Membersihkan bagian dalam tubuh
4. Membersihkan jerawat
5. Memperlambat proses penuaan
6. Meningkatkan fleksibiliti tubuh
7. Meningkatkan fertiliti

APAKAH PUNCA TOKSIK ATAU KERACUNAN

1. Faktor pemakanan
Makanan siap-proses (segera) dipenuhi dengan kimia merbahaya seperti bahan awet, pewarna, perasa tiruan dll.

2. Faktor pencemaran
Udara beracun akibat pencemaran asap daripada kilang-kilang, kenderaan, sementara air dicemari melalui pembuangan sisa toksid dan sebagainya.

3. Hasil pertanian yang beracun
Penggunaan racun rumpai, racun serangga dan baja kimia.

4. Gaya hidup
-diet yang tidak seimbang dan teratur
-merokok, minum minuman keras
-pengambilan ubat yang mengandungi dadah
-tidak beriadah

KESAN KERACUNAN

-sistem imuniti merosot
-bertambahnya penyakit pada usia muda
-kadar kesuburan yang rendah dengan kerosakan sperma
-kemerosotan IQ dan berlakunya tekanan mental
-penyakit yang ada tidak upaya disembuhkan
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan